865,303
PROGRAM 6 : BIMBINGAN DAN NASIHAT.

Objektif :

Untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan seterusnya dijadikan panduan dalam hidup berkeluarga.

AktivitI :

1. Bertemu Dengan Pakar.

Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa cuba mengatasi segala masalah yang timbul dalam masa mengandung ini dengan merujuk segala masalah yang timbul kepada pakar di dalam bidang yang berkaitan supaya ia dapat diatasi dengan secepat mungkin.

Firman Allah Taala dalam surah Al-Anbiya’ ayat 7:

  • Maksudnya : “Maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri (orang yang tahu) jika kamu tidak mengetahui.”

2. Khidmat Nasihat Para Ulama’.

Merapati para Ulama’ adalah satu perbuatan yang sungguh mulia. Pasangan boleh mendapat nasihat daripada mereka apahila mereka menghadapi masalah di dalam hidup mereka.

3. Belaian Kasih.

Memupuk dan mempertingkatkan kasih sayang adalah panting dalam usaha-usaha ke arah belaian kasih sayang (Mawaddah dan Ralunah ) di antara suami isteri terutama di waktu ini.

Firman Allah Taala dalam surah Ar-Rum ayat 21:

  • Maksudnya : “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa ía menciptakan untuk kamu (wahai kaun lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berflkir”.

4. Suami Sentiasa Berada Di Samping Isteri.

Suami hendaklah berada di samping isteri terutamanya di bulan-bulan akhir kehamilan.

Firman Allah Taala dalam surah At-Taubah ayat 40:

  • Maksudnya : “Semasa mereka (dua orang sahabat) berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

  • Maksudnya : “Orang mukmin yang paling sempunna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya dan orang yang paling balk di kalangan kamu ialah orang yang paling baik terhadap isteri-isteri mereka”.

Riwayat Tirmizi

BEBERAPA KESILAPAN.

  • Melahirkan anak luar nikah.
  • Anak bermasalah mental dan spiritual.
  • Mengahwini manusia dan haiwan.
  • Mengamalkan amalan khurafat / syirik / sesat.

 

Pra Perkahwinan | Persediaan Keibubapaan | Pra Keibubapaan | Bayi | Mumayyiz | Remaja | Dewasa | Alam Matang |
Usia Emas
| Khusnul Khatimah


Hakcipta terpelihara © 2002 – 2010 Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |
Penafian :
Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan / kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768