Buku Tamu Hubungi Kami
Pengenalan Organisasi Perkhidmatan Kalendar Aktiviti Borang Online Cadangan Utama
803,822
PROGRAM 3 : PERSEDIAAN FIZIKAL DAN MENTAL

Objektif :

Kesihatan adalah mahligai khasnya dalam masa wanita itu mengandung untuk melahirkan bayi yang sihat dari segi fizikal dan mental.

Aktiviti :

1. Memastikan Isteri Dalam Keadaan Sihat.

Suami hendaklah memastikan kesihatan isterinya sentiasa berada di dalam keadaan yang memuaskan.

Firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah ayat 195 :

  • Maksudnya : “Dan belanjakanlan (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan ) perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalananya".

2. Mendapatkan Pemeriksaan Kesihatan Dan Rawatan.

Isteri yang hamil haruslah sering mendapat pemeriksaan dan rawatan daripada pakar perubatan dan sentiasa mematuhi arahan dan nasihat yang diberikan oleh mereka. Kegagalan berbuat demikian boleh menjejaskan kandungannya.

Kata-kata Hikmah ada mengatakan:

  • Maksudnya : “Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati”.

3. Mendapatkan Khidmat Nasihat.

Isteri perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada mana-mana pakar yang difikirkan sesuai dan menurut kehendak Syara’.

Firman Allah Taala dalam surah Az-Zaariat ayat 55.

  • Maksudnya : “Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.”

4. Mengamalkan Cara Hidup Sihat.

Isteri hendaklah memastikan makanan yang diambil adalah berzat. Digalakkan juga mengamalkan senaman ringan yang disyorkan oleh pakar-pakar jasmani disamping tidur yang mencukupi.

5. Memakan Makanan Yang Halal, Seimbang Dan Berkhasiat

Suami hendaklah bertanggunjawab menentukan makanan yang diambil itu adalah yang halal dan berkhasiat kerana makanan ini akan mempengaruhi pertumbuhan bayi dan akhlak anak yang bakal dilahirkan.

Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 168:

  • Maksudnya : “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”.

6. Menjauhi Segala Bentuk Budaya Dan Amalan Khurafat.

Islam amat melarang umatnya daripada mengamalkan bentuk-bentuk mempercayai dan mengamalkan khurafat dalam kehidupan seharian, lebih-lebih ketika isteri sedang hamil. Antaranya seperti melenggang perut dan sebagainya yang bertentangan dengan Syara’.

Allah Taala berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 90:

  • Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, memuja berhala dan bertenung nasib adalah daripada amal perbuatan Syaitan, maka hendaklah dijauhi”.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

  • Maksudnya : “Barang siapa yang mendatangi tukang tilik dan bertanyakannya tentang sesuatu perkara lalu dia membenarkannya, maka tidak akan diterima (Allah) baginya sembahyang selama 40 hari”.

Riwayat Muslim

7. Mengamalkan Petua-Petua Yang Tidak Bercanggah Dengan Syariat.

Untuk memperolehi anak yang diidamkan, beberapa petua yang tidak bertentangan dengan Islam boleh diamalkan, antaranya :-

  • Doa untuk mendapatkan anak yang Soleh.

    i) Surah Al-Furqan ayat 74:

    Maksudnya : “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuniat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa”.

    ii) Surah Al-Hijr ayat 17 :

    Maksudnya : “Dan Kami pelihara (urusan) langit itu dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang kena rejam”.

    iii) Surah Al-Baqarah ayat 128:

    Maksudnya : “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua : orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani”

    iv) Surah Ali Imran ayat 36:

    Maksudnya : “Maka apabila Ia melahirkannya, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-hurapkan ialah anak lelaki), dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu dan memanglah tidak soma anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanyu aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan pelharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dan: godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)”.

  • Doa untuk mendapatkan anak kembar :-

    i) Surah As-Saaffaat Ayat 120:

    Maksudnya : “Salam sejahtera kepada Nabi Musa dan Nabi Harun!”.

    ii) Surah As-Syura ayat 50:

    Maksudnya : “Atau Ia mengurniakan mereka kedua-duanya - anak lelaki dan perempuan, dan la juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya mandul. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa”.

  • Petua-petua :-

    i) Minta doa daripada orang-orang yang soleh.

    Firman Allah Taala dalam surah An-Nahl ayat 43:

    • Maksudnya : "Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui”.

    ii) Nazar yang tidak bertentangan dengan syarak.

    Firman Allah Taala dalam surah Ali Imran ayat 35:

    • Maksudnya : “(lngatlah) ketika isteri lmran berkata: Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka tenimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

    iii) Jangan menzalimi binatang.

    Firman Allah Taala dalam surah Ali Imran ayat 36:

    • Maksudnya : “Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia:“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian fuga zuriat keturunannya, dari godaan Syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)".

8. Riadah Dan Bersenam.

Isteri adalah digalakkan melakukan aktiviti senaman dan riadah bagi memudahkan proses melahirkan anak. Antaranya termasuklah berjalan kaki.

9. Mengamalkan Membaca Surah-Surah Yang Memudahkan Bersalin laitu:

a) Surah Al-Insyiqaq ayat 4:

  • Maksudnya : “Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong,”

b) Surah Al-Hasyr ayat 3:

  • Maksudnya : “Dan kalaulah tidak kerana Allah telah menetapkan pengusiran (yang demikian buruknya) terhadap mereka, tentulah ía akan menyeksa mereka di dunia; dan mereka pula akan beroleh azab seksa neraka pada hari akhirat kelak”.

10. Suami Hendaklah Sentiasa Berada Di Samping Isteri Terutamanya Ketika Isteri Hendak Melahirkan Anak.

Ini adalah untuk menunjukkan rasa kasih sayang, simpati dan memberi semangat serta kekuatan seolah-olah suami sendiri merasakan kesulitan ketika hendak bersalin.

11. Mengamalkan Zikir.

Suami dan isteri hendaklah memperbanyakkan zikir terutamanya Kalimah Asma’ul Husna iaitu ‘Ya-Latif’. Tujuannya adalah untuk :-

  • Melembutkan hati.
  • Taat kepada ibubapa.

12 Mengadakan Sudut Bacaan.

Diharapkan pasangan ini dapat sentiasa mengamalkan sikap membaca buku-buku yang berfaedah. Mudah-mudahan tabiat ini akan diikuti oleh anak tersebut.


Pra Perkahwinan | Persediaan Keibubapaan | Pra Keibubapaan | Bayi | Mumayyiz | Remaja | Dewasa | Alam Matang | Usia Emas | Khusnul Khatimah
s