PENGENALAN
Keluarga adalah unit terkecil di dalam satu-satu masyarakat namun pembangunannya secara langsung atau tidak adalah merupakan pembangunan masyarakat berkenaan. Jika diperluaskan lagi konsepnya maka pembangunan masyarakat keluarga itu akan menjadi faktor penentu dalam pembangunan satu-satu bangsa itu.
Dalam hal itu adalah penting bahawa pembangunan keluarga dirancang dan dilaksanakan supaya meliputi segala aspek dan aktiviti kehidupan manusia amnya dan keluarga khususnya, dengan tumpuan perhatian kepada aspek-aspek sosial, ekonomi juga politik.
Di atas kesedaran inilah Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim telah bersetuju menubuhkan Enakmen Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim Bilangan 2 Tahun 1997 yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 19 Mei 1997. Maka bermulalah operasi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim pada 1 Oktober 1997.
MOTTO
Iltizam, Harmoni, Cemerlang
MISI
Menangani masalah sosial dan memperkukuhkan sahsiah individu, keluarga dan masyarakat melalui program-program yang sistematik.
VISI
Masyarakat di Negeri Johor hidup dalam keadaan sejahtera, beriltizam, harmoni dan cemerlang melalui institusi keluarga yang kukuh dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.
MATLAMAT
- Mengukuhkan institusi keluarga
- Membawa wanita dalam arus pembangunan perdana
- Menangani masalah sosial
STRATEGI
- Memberi bimbingan rohani dan jasmani kepada individu/keluarga untuk memanfaatkan kekuatan dan potensi diri bagi menyelesaikan masalah yang dihadapai melalui ceramah, bengkel/LDK, seminar, motivasi, khidmat nasihat dan sesi dialog.
- Mengkaji, mengawasi, menyelidik dan mengumpul maklumat serta data mengenai permasalahan kekeluargaan dan isu sosial dengan tujuan mengenalpasti tindakan dan program bagi mengatasi masalah tersebut.
- Menggembleng dan menggabungkan semua jabatan kerajaan dan badan sukarela untuk sama-sama berusaha menangani masalah sosial dalam masyarakat.
- Menyampaikan maklumat dan mempromosi program-program dan perkihdmatan yang dilaksanakan oleh YPKDT kepada masyarakat.
- Penghargaan dan pengiktirafan kepada individu dan organisasi di atas sumbangan dan jasa mereka dalam aktiviti sosial dan institusi keluarga.
- Menyediakan perkhidmatan sokongan kepada individu, keluarga dan masyarakat.
- Mempelbagaikan sumber pendapatan bagi membiayai program-program dan projek yang dirancang.
AKTIVITI
Program-program yang diatur dijalankan secara bersepadu dengan melibatkan jabatan dan agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan sukarela.
Program-program tersebut bertujuan untuk membantu meningkatkan pengetahuan kepada masyarakat terutama di kalangan ibu bapa dan anak-anak akan komunikasi dan cara-cara berkesan dalam membentuk institusi keluarga yang bahagia dan harmoni.
Dalam pada itu, ia diharap dapat membantu mengurangkan masalah sosial di Negeri Johor Darul Ta'zim.
Antara program/projek yang dikendalikan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim adalah seperti berikut:-
- Program Penghayatan Modul Keluarga SAKINAH
- Pusat Khidmat Sosial
- Bengkel Kaunseling Industri
- Bengkel Stress Wanita
- Kajian/Penyelidikan Sosial
- Seminar/Bengkel
- Pusat Maklumat dan Promosi
- Anugerah Penyayang Johor & Anugerah Keluarga Bahagia
- Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)
- Pusat Dialisis Permas Jaya
- Dana Kebajikan Keluarga Johor
PIAGAM PELANGGAN YPKDT
- MEMBERI PERKHIDMATAN PROFESIONAL YANG CEKAP DAN BERKUALITI.
- MELAKSANAKAN PROGRAM KEKELUARGAAN (MODUL KELUARGA SAKINAH) SEPANJANG TAHUN.
- MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP SEMUA ADUAN PERKHIDMATAN KAUNSELING/RUNDINGCARA SERTA MERTA DALAM WAKTU BEKERJA.
- MEMBERI KHIDMAT KAUNSELING/RUNDINGCARA SECARA PROFESIONAL DALAM TEMPOH 1 BULAN.
- MEMBERI BANTUAN PERALATAN KEPADA GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH DALAM TEMPOH 1 BULAN :-
- MASAKAN
- JAHITAN
- NURSERI BAYI
- MEMBERI BANTUAN GERAN KEPADA NGO WANITA & KELUARGA SEBELUM 31 DISEMBER SETIAP TAHUN.
- MELAKSANAKAN PROGRAM LATIHAN/BENGKEL/ SEMINAR/KURSUS SEBELUM 30 NOVEMBER SETIAP TAHUN.
- MEMBANGUNKAN MODUL MENGIKUT KEPERLUAN UNIT/BAHAGIAN DALAM TEMPOH 6 BULAN.
- MENGEMASKINI DATA DAN MAKLUMAT DI LAMAN WEB DALAM TEMPOH 1 MINGGU.
RASIONAL LOGO
Berikut adalah rasional bagi logo yang terpilih.
- Konsep keseluruhan logo ini memaparkan/menonjolkan pendekatan pembangunan keluarga yang holistik dilambangkan dengan bulat bulan sabit yang didokong oleh wadah yang kukuh.
- Bentuk kombinasi yang memaparkan ciri-ciri kemuliaan keluarga bahagian berlandaskan Islam. Bentuk bulan sabit dan tulisan jawi adalah lambang kepada ciri-ciri Islam. Tulisan jawi pula melambangkan masyarakat berilmu.
- Terdapat keseragaman warna latar biru pada bulan sabit yang dilengkapkan dengan gabungan simbolik grafik satu keluarga harmoni yang kukuh dan mantap.
- Tangan yang diangkat ke atas melambangkan sebuah keluarga harmoni yang sentiasa ceria dan bahagia.
- Terdapat perbezaan warna pada grafik keluarga yang terdiri daripada bapa, ibu, anak lelaki dan anak perempuan. Warna pada anak lelaki dan anak perempuan adalah proportionate daripada warna biru (bapa) dan merah (ibu). Ini melambangkan penyambungan zuriat/keturunan di dalams esebuah keluarga. Begitu juga, ibubapa bertanggungjawab di dalam mencorakkan kehidupan anak mereka.
SENARAI LEMBAGA PENGARAH YPKDT
| 1. |
Y.A.B. DATO' HAJI ABDUL GHANI BIN OTHMAN
Menteri Besar Johor
|
| 2. |
Y.B. DR ROBIA BINTI DATO' HAJI KOSAI
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
|
| 3. |
Y.B. TUAN HAJI ZAINAL ABIDIN BIN OSMAN
Pengerusi
Jawatankuasa Agama, Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sumber Manusia,
Sains, Teknologi dan Inovasi
|
| 4. |
Y.B. ENCIK AZIZ BIN KAPRAWI
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan
|
| 5. |
Y.B. DATO' HAJI ABD. LATIFF BIN YUSOF
Setiausaha Kerajaan Johor
|
| 6. |
Y.B. DATO’ ABDUL RAHMAN BIN DATO’ HJ. TAHA
Penasihat Undang-Undang Negeri
|
| 7. |
Y.B. DATIN PADUKA ZAINON BTE YUSOF
Pegawai Kewangan Negeri Johor
|
Alamat-alamat Pejabat Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim
|
YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA'ZIM
JOHOR BAHRU
Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim,
Aras 2 & 3, Parcel C2S, East Wing,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor, 79000 Nusajaya, Johor.
TEL : 07-266 6526 / 07-266 1221 FAKS : 07-266 1222
E-mail: mailto:ypkjohor@tm.net.my
|
|
YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA'ZIM
DAERAH MUAR
No. 25-A, Tingkat 1, Jalan Pesta 1/1, Taman Tun Dr. Ismail, 84000 Muar.
Telefon : 06-953 8553 |
YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA'ZIM
DAERAH BATU PAHAT
No. 27, Tingkat Bawah, Jalan Megat, 83000 Batu Pahat.
Telefon : 07-433 5949 |
|
YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA'ZIM
DAERAH SEGAMAT
No. 27-A, Tingkat 1, Jalan Dahlia Off Jalan Buloh Kasap, 85000 Segamat.
Telefon : 07-931 6469 |
YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA'ZIM
DAERAH KOTA TINGGI
No. 30-S, Tingkat 1, Jalan Mawai, 81900 Kota Tinggi
Telefon : 07-882 5101 |
|
YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA'ZIM
DAERAH KLUANG
No. 5, Tingkat 1, Jalan Durian, 86000 Kluang
Telefon : 07-772 0851 Faks : 07-7714694. |
YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA'ZIM
DAERAH PONTIAN
JKR 2046, Jalan Utama, Taman Megah, 82000 Pontian, Johor
Telefaks : 07-6860578 |
|
YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA'ZIM
DAERAH MERSING
Tingkat 1, Bangunan Tabung Haji, Jalan Dato' Mohd Ali, 86800 Mersing, Johor
Telefon : 07-7997428 |
|
|