866,885
 Ruangan Iklan

Permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa untuk jawatan berikut:-

 

Jawatan : Pegawai Rundingcara (S41)

Jabatan : Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim

Klasifikasi : Perkhidmatan Sosial

Kumpulan : Pengurusan Dan Profesional

 

Jadual Gaji : Gred S41

P1T1 RM1688.89 – P1T27 RM4638.89

P2T1 RM1783.51 – P2T27 RM4917.16

P3T1 RM1882.31 – P3T27 RM5219.23

 

Taraf Jawatan : Kontrak

Syarat Lantikan :-

Calon-calon hendaklah memiliki :-

Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Kaunseling dari universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji Permulaan pada Gred S41:P1T3)

 

ATAU

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah dan yang berkaitan dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

(Gaji Permulaan pada Gred S41:P1T3)

 

ATAU

Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan dari universiti-universiti tempatan atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

(Gaji Permulaan pada Gred S41:P1T3)

 

DAN

Lulus Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Penaklukan di bawah syarat-syarat skim perkhidmatan :

Pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

 

Cara Memohon :

Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati daripada Laman web YPKDT www.ypkdt.org.my atau Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim, dengan menghantar sampul surat berwarna putih berukuran 10cm x 23cm bersetem 30 sen beralamat sendiri. Permohonan yang lengkap hendaklah dikembalikan ke alamat seperti di bawah sebelum atau pada tarikh tutup permohonan.

 

Ketua Eksekutif,

Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim,
Aras 1 & 2, Parcel C2S, Sayap Timur,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor,
Kota Iskandar,
79603 Nusajaya, Johor.


Sebelum atau pada : 20 Jun 2010

Hanya calon-calon yang berjaya selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk temuduga.

Pra Perkahwinan | Persediaan Keibubapaan | Pra Keibubapaan | Bayi | Mumayyiz | Remaja | Dewasa | Alam Matang |
Usia Emas
| Khusnul Khatimah


Hakcipta terpelihara © 2002 – 2010 Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |
Penafian :
Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan / kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768