Di dalam soal pemakanan halal hari ini masyarakat kita masih lagi memandang remeh sehinggakan tidak mempedulikan kesan-kesan kesihatan jangka panjang yang boleh meracun sebahagian tubuh badan manusia dan sekaligus melemahkan tubuh badan kita serta malas untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT.
Justeru itu, pemakanan yang halal dan haram di makan harus jelas dan sepatutnya didedahkan kepada seluruh umat islam di Malaysia khasnya dan serata dunia umumnya.
Oleh hal yang demikian, kita harus peka dengan perkembangan sekeliling sehingga makanan laut sekalipun harus kita ketahui lebih mendalam agar tidak sewenang-wenangnya kita makan makanan laut sama ada dibeli dari pasar atau makan di restoran makanan laut bersama ahli keluarga.
Jika kita merujuk kepada kitab “Sabil Al-Muhtadin” dari halaman 257 hingga 266, di sana ada menerangkan dengan teliti berkaitan makanan laut yang haram di makan sebagai contoh, katak, ular air, ketam batu, ketam angin, belangkas, penyu, labi-labi, buaya dan segala hidupan atau haiwan dua alam yang beracun mahupun tidak.
Oleh itu, kita semestinya mengambil berat dan berhati-hati dalam memilih makanan tatkala menjamu selera serta berada dihadapan menu yang lazat-lazat dan sedap itu.
kembali keatas
|