HASIL CIPTAAN : ABU AMIRAH 1429H.
Jelmaanmu memekarkan
Bunga-bunga kasih
Tersemat di dalam rimbunan taqwa
Menghadirkan cetusan insaf
Bagai seambar kasturi
Menyemarakkan wangian ketenangan
Menyusur di pentas duniawi
Dalam tautan persemadian.
Kuntum kasihmu Ramadan
Menyimpulkan kekusutan dosa
Melambai tenang dalam terang
Ketika cahayamu menyuluh semesta
Menyinggah di tepian purnama
Antara himpitan Syaaban dan Syawal
Yang setia melafazkan kalimah
Keinsafan.
kembali keatas
|