HASIL KARYA : ABU AMIRAH 2008
Dayung sampan ke Pulau Segi,
Hujan lebat bajuku lenjun,
Aidilfitri datang lagi,
Sana sini mercun berdentum.
Mari masak ikan tenggiri,
Bersama kawan di tepi paya,
Seronok hati tidak terperi,
Boleh mengutip duit raya.
Cantik sungguh si anak raja,
Mari mendaki ke Gunung Daik,
Jangan membazir waktu berbelanja,
Simpan duit di tabung adalah lebih baik.
kembali keatas
|