866,889
SYAIR MARYABAN YA RAMADHAN AL-MUBARAK
Artikel ini dihantar pada 12-Sep-2008

SYAIR MARYABAN YA RAMADHAN AL-MUBARAK ( 10 MLM. TERAKHIR )

ILHAM KARYAWAN : ABU AMIRAH 1429H.

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

Tiada akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu

Setiap masa tak akan dipersia begitu saja

Di setiap kesempatan juga masa yang terluang

Alunan Al-Quran bakal kau dendang ... bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan

Bertarawih ... berqiamullail ... bertahajjud ...

Mengadu ... merintih ... meminta belas kasih

” Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU

tapi ... aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU ”

oleh itu duhai Ilahi ... kasihanilah daku hamba-MU ini

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang

Ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan

Kita buru ... kita cari ... suatu malam idaman

Yang lebih berkat dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir

Mempersiap diri … rohani dan jasmani

Menanti-nanti jemputan Izrail

Di kiri dan kanan … lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi ...

Andai ini Ramadhan terakhir buat kami

Jadikanlah ia Ramadhan paling bererti ... paling berseri ...

Menerangi kegelapan hati-hati kami

Menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasihsayang mu Ya Ilahi

Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun saudara ...

Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui

Samada Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali

Hanya yang termampu bagi seorang hamba itu

Berusaha ... bersedia ... meminta belas-NYA

Andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita.

Tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu

Solat yang dikerjai ... sungguh khusyuk lagi tawadhu’

Tubuh, minda, dan qalbu ... bersatu memperhamba diri

Mengadap Rabbul Jalil ... mengisi kecurangan janji

” Innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ’alamin ”

[ Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku ...

Kuserahkan hanya kepada Allah S.W.T. Tuhan seru sekelian alam ].



kembali keatas
   
Pra Perkahwinan | Persediaan Keibubapaan | Pra Keibubapaan | Bayi | Mumayyiz | Remaja | Dewasa | Alam Matang |
Usia Emas
| Khusnul Khatimah


Hakcipta terpelihara © 2002 – 2010 Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |
Penafian :
Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan / kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768