KELEBIHAN MUNAJAT DI TENGAH MALAM
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
OLEH : ABU AMIRAH
Sepertimana Firman Allah S.W.T, Di dalam Surah Al-Israk : Ayat 79, MAKSUDNYA :
Dan daripada malam, hendaklah engkau bertahajud ( tinggalkan tidur untuk sembahyang ) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji “
TERDAPAT 9 PERKARA HEBAT ANUGERAH ALLAH AZZAWAJALLA :
5 KURNIAAN DI DUNIA IALAH :
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1)- JAUH DARIPADA SEGALA PENYAKIT.
2)- LAHIR KESAN TAKWA PADA WAJAHNYA.
3)- DIKASIHI SEKALIAN MUKMIN DAN SELURUH MANUSIA.
4)- PERCAKAPANNYA MENGANDUNGI HIKMAT.
5)- DIKURNIAKAN KEKUATAN DAN DIBERI REZEKI DALAM AGAMA (HALAL DAN DIBERKATI).
SEMENTARA 4 KURNIAAN DI AKHIRAT PULA IALAH :
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1)- DIBANGKITKAN DARI KUBUR DENGAN WAJAH BERSERI-SERI.
2)- DIPERMUDAHKAN HISAB.
3)- CEPAT MELALUI SIRAT AL-MUSTAQIM, BAGAIKAN KILAT.
4)- DISERAHKAN CATATAN AMALAN PADA HARI AKHIRAT MELALUI TANGAN KANAN.
Tarikh Kemaskini 12 Febuari 2010
PENGENALAN
Keluarga adalah unit terkecil di dalam satu-satu masyarakat namun pembangunannya secara langsung atau tidak adalah merupakan pembangunan masyarakat berkenaan. Jika diperluaskan lagi konsepnya maka pembangunan masyarakat keluarga itu akan menjadi faktor penentu dalam pembangunan satu-satu bangsa itu.
Dalam hal itu adalah penting bahawa pembangunan keluarga dirancang dan dilaksanakan supaya meliputi segala aspek dan aktiviti kehidupan manusia amnya dan keluarga khususnya, dengan tumpuan perhatian kepada aspek-aspek sosial, ekonomi juga politik.
Di atas kesedaran inilah Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim telah bersetuju menubuhkan Enakmen Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim Bilangan 2 Tahun 1997 yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 19 Mei 1997. Maka bermulalah operasi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim pada 1 Oktober 1997. Lagi.....
SISTEM SOKONGAN KELUARGA Penyelidikan ini mengkaji kegiatan dan perkhidmatan badan-badan sukarela, persatuan dan pertubuhan amal dan politik serta institusi kerajaan yang memberi khidmat sosial di daerah Johor Bahru. Sebahagian besar daripada pertubuhan yang dikaji diperolehi daripada senarai pertubuhan yang berdaftar di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan di daerah Johor Bahru dan selebihnya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Belia dan Sukan, Pejabat Daerah dan pejabat pertubuhan politik. Ia
KEADAAN SOSIO-EKONOMI Laporan ini berusaha mengesan pencapaian dan perubahan sosial, ekonomi dan geopolitik di kalangan masyarakat Melayu Johor serta masalah dan cabaran yang dihasilkan daripada perubahan tersebut. Dalam konteks ini, penelitian dilakukan ke atas pencapaian mereka daripada aspek pendidikan, pekerjaan, pendapatan, sistem nilai, pemilikan harta dan impak geopolitik kaum. Diharapkan hasil kajian ini dapat membantu pihak berkenaan merangka langkah-langkah proaktif lagi efektif.. Lagi.....